Monday, 3 October 2016



MUKA DEPAN



DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM TELAH MEMPENGARUHI PARA PENONTON DAN MASYARAKAT.

USTAZ MARZUKI SEPIAAIL


JABATAN PENGAJIAN AM

DIPLOMA RETAIL MANAGEMENT

DRM5B

SESI JUN 2016

AHLI KUMPULAN


  • NUR FARAHAIDA BT MOHD JAHIS                          15DRM14F1054
  • NUR FARAHANIM BT MOHD JAHIS                         15DRM14F1053
  • SITI NOR HANIS BT ABDUL HALIM                         15DRM14F1035
  • WAN NUR FARZANA BT WAN NOOR AZMAN       15DRM14F1048

PENGENALAN


 
         Pada masa kini , kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan dalam filem dan penyiaran. Namun bentuk-bentuk hiburan sebegini telah mengundang kealpaan dalam diri manusia yang terlalu mengejar keuntungan semata-mata. Tidak salah seandainya mahu berhibur namun , seseorang perlu tahu batas yang ditetapkan. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsur komedi , romantik , aksi mahupun seram.
   
             Berbincang mengenai hiburan ini , isu yang ingin diutarakan ialah unsur-unsur khurafat dan syirik dalam Islam terutamanya di dalam filem yang kebanyakkannya merosakkan akidah umat Islam. Di antara filem yang mendapat tempat di kalangan masyarakat ialah filem berbentuk seram. Keadaaan ini dibuktikan apabila setiap kali tayangan filem berunsur seram ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia , kutipan julan tiket mendapat sambutan hangat berbanding filem bercorak kerohanian. Situasi ini telah menyebabkan semakin ramai pengarah filem tempatan mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem-filem berunsur hantu dan seram. 

          Masyarakat kita pada hari ini semakin terdedah kepada fenomena tahyul,keramat,perkara ghaibiyyat,sihir dan cerita-cerita aneh,misteri dan ajaib.Pelbagai filem yang berunsurkan mistik mula mewarnai kanvas media massa.Fitrah naluri manusia yang cenderung kepada perkara baru mendorong ramai penggiat seni menjadikan jalan cerita sebegini sebagai modal mempublisiti karya mereka.Meskipun sebahagian daripada produser meletakkan matlamat utama pembikinan sebarang bentuk media sebagai medium untuk membuka mata masyarakat terhadap fenomena ini dan mengambil iktibar,namun didapati kesan negatif disebaliknya lebih berkesan mempengaruhi akidah dan persepsi masyarakat.

OBJEKTIF



      Objektif ini adalah untuk bagi menerangkan punca berlakunya gejala syirik dan khurafat di zaman ini melalui filem-filem. Seterusnya menghuraikan kepentingan untuk membendung gejala syirik yang sedang berlaku. Selain itu, bagi menjelaskan lagi kesan syirik ke atas masyarakat, individu, keluarga dan industri perfileman malaysia serta di kaca tv. Memberi pendapat tentang cara untuk mengatasi serta mengurangkan masalah syirik yang masih berlaku dalam kalangan masyarakat kita pada zaman yang berteknologi ini.

PERGERTIAN SYIRIK

PENGERTIAN SYIRIK :
  
Syirik adalah suatu perbuatan (dalam sikap dan, atau niat) terutama menyangkut aqidah di mana seseorang melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT  atau secara sedar mencampur baurkan ke-esaan zat Allah SWT dengan unsur-unsur lain yang menurut ajaran
Islam dapat diertikan sebagai perbuatan menyekutukan Alah SWT. 

v  Syirik terbagi dalam 3 (tiga) kelompok besar yakni :- 

1)   SYIRIK YANG MENYELISIHI SIFAT-SIFAT ALLAH TA'ALA :
Syirik Rububiyyah
Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu menciptakan, memberi rezeki, menghidupkan atau mematikan dan hal-hal lain dari sifat-sifat rububiyyah.
Syirik Uluhiyyah
Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu memberikan mudharat atau manfaat, memberikan syafaat tanpa izin Allah, dan lainnya yang termasuk sifat-sifat uluhiyyah.
Syirik Asma' Wa Sifat
Meyakini atau percaya kepada makhluk Allah yang memiliki sifat-sifat khusus yang dimiliki Allah Ta'alla, seperti mengetahui perkara ghaib, dan sifat-sifat lain yang  merupakan kekhususan Rabb kita yang Maha Suci.

2)  SYIRIK MENURUT KADARNYA 

Syirik Akbar (Besar)
Iaitu syirik dalam keyakinan, dan hal ini mengeluarkan pelakunya dari agama islam.
SEPERTI:-

  • Syirik dalam berdoa, yakni merendahkan diri kepada selain Allah dengan tujuan untuk istighatsah dan isti'anah kepada selain-Nya.
  • Syirik dalam niat, kehendak dan maksud, manakala melakukan ibadah semata-mata ingin mendapat pujian, atau untuk kepentingan-kepentingan bersifat duniawi lainnya.
  • Syirik dalam keta'atan, yaitu menjadikan sesuatu sebagai pembuat syariat selain Allah SWTatau menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah dalam menjalankan syariat dan redha atas hukum tersebut.
  • Syirik dalam kecintaan, adalah mengambil makhluk sebagai tandingan bagi Allah SWT. Menyetarakan kecintaannya kepada makhluk dengan kecintaanya kepada Allah SWT.
Syirik Ashghar (Kecil)
Iaitu Riya', hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari agama islam, akan tetapi mewajibkan pelakunya untuk  bertaubat. Riya' bukan satu-satunya yang termasuk dalam Syirik Ashgar atau Riya' memang termasuk Syirik Ashghar namun tidak semua Syirik Ashghar berupa Riya'. 

 Syirik Khafi (Tersembunyi)
Iaitu seorang melakukan amal dikeranakan keberadaan orang lain, hal ini pun termasuk dalam Riya', dan hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari agama Islam, namun pelakunya wajib bertaubat.

 3)  SYIRIK MENURUT TEMPAT KEJADIAN

Syirik I'tiqodi
Iaitu Syirik yang berupa keyakinan, misalnya meyakini bahawa Allah SWT yang menciptakan kita dan memberi rezeki pada kita namun di sisi lain juga percaya bahawa dukun misalnya, dapat mengubah takdir yang telah digariskan Allah SWT kepada kita. Hal ini termasuk Syirik Akbar yang mengeluarkan pelakunya dari agama islam.
Syirik Amali
Iaitu setiap amalan zahir yang dinilai oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seumpama menyembelih haiwan (atau makhluk Allah lainnya) untuk selain Allah, dan bernazar untuk selain Allah dan lain sebagainya.
Syirik Lafzhi  
Iaitu setiap lafaz yang dihukumi oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seperti bersumpah dengan selain nama Allah, seperti misalnya ,"Tidak ada bagiku kecuali Allah dan engkau", dan "Aku bertawakal kepadamu", "Kalau bukan karana Allah dan si fulan maka tak akan begini dan begitu jadinya", dan lafaz-lafaz lainnya yang mengandungi unsur kesyirikan (menyekutukan Allah SWT).