PENGERTIAN
SYIRIK :
Syirik adalah suatu
perbuatan (dalam sikap dan, atau niat) terutama menyangkut aqidah di mana seseorang
melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT atau secara sedar mencampur
baurkan ke-esaan zat Allah SWT dengan unsur-unsur lain yang menurut ajaran
Islam dapat diertikan
sebagai perbuatan menyekutukan Alah SWT.
v Syirik
terbagi dalam 3 (tiga) kelompok besar yakni :-
1) SYIRIK
YANG MENYELISIHI SIFAT-SIFAT ALLAH TA'ALA :
Syirik Rububiyyah
Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu menciptakan, memberi rezeki, menghidupkan atau mematikan dan hal-hal lain dari sifat-sifat rububiyyah.
Syirik Uluhiyyah
Syirik Rububiyyah
Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu menciptakan, memberi rezeki, menghidupkan atau mematikan dan hal-hal lain dari sifat-sifat rububiyyah.
Syirik Uluhiyyah
Meyakini bahawa selain
Allah ada yang mampu memberikan mudharat atau manfaat, memberikan syafaat tanpa
izin Allah, dan lainnya yang termasuk sifat-sifat uluhiyyah.
Syirik Asma' Wa Sifat
Syirik Asma' Wa Sifat
Meyakini atau percaya
kepada makhluk Allah yang memiliki sifat-sifat khusus yang dimiliki Allah
Ta'alla, seperti mengetahui perkara ghaib, dan sifat-sifat lain yang merupakan
kekhususan Rabb kita yang Maha Suci.
2) SYIRIK
MENURUT KADARNYA
Syirik Akbar (Besar)
Syirik Akbar (Besar)
Iaitu syirik dalam
keyakinan, dan hal ini mengeluarkan pelakunya dari agama islam.
SEPERTI:-
- Syirik dalam berdoa, yakni merendahkan diri kepada selain Allah dengan tujuan untuk istighatsah dan isti'anah kepada selain-Nya.
- Syirik dalam niat, kehendak dan maksud, manakala melakukan ibadah semata-mata ingin mendapat pujian, atau untuk kepentingan-kepentingan bersifat duniawi lainnya.
- Syirik dalam keta'atan, yaitu menjadikan sesuatu sebagai pembuat syariat selain Allah SWTatau menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah dalam menjalankan syariat dan redha atas hukum tersebut.
- Syirik dalam kecintaan, adalah mengambil makhluk sebagai tandingan bagi Allah SWT. Menyetarakan kecintaannya kepada makhluk dengan kecintaanya kepada Allah SWT.
Iaitu Riya', hal ini
tidak mengeluarkan pelakunya dari agama islam, akan tetapi mewajibkan pelakunya
untuk bertaubat. Riya' bukan satu-satunya yang termasuk dalam Syirik Ashgar
atau Riya' memang termasuk Syirik Ashghar namun tidak semua Syirik Ashghar
berupa Riya'.
Syirik Khafi (Tersembunyi)
Syirik Khafi (Tersembunyi)
Iaitu seorang
melakukan amal dikeranakan keberadaan orang lain, hal ini pun termasuk
dalam Riya', dan hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari agama Islam,
namun pelakunya wajib bertaubat.
3) SYIRIK MENURUT TEMPAT KEJADIAN
Syirik I'tiqodi
Syirik I'tiqodi
Iaitu Syirik yang
berupa keyakinan, misalnya meyakini bahawa Allah SWT yang menciptakan kita
dan memberi rezeki pada kita namun di sisi lain juga percaya
bahawa dukun misalnya, dapat mengubah takdir yang telah digariskan
Allah SWT kepada kita. Hal ini termasuk Syirik Akbar yang mengeluarkan
pelakunya dari agama islam.
Syirik Amali
Syirik Amali
Iaitu setiap amalan
zahir yang dinilai oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seumpama
menyembelih haiwan (atau makhluk Allah lainnya) untuk selain Allah, dan
bernazar untuk selain Allah dan lain sebagainya.
Syirik Lafzhi
Syirik Lafzhi
Iaitu setiap lafaz
yang dihukumi oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seperti bersumpah
dengan selain nama Allah, seperti misalnya ,"Tidak ada bagiku kecuali
Allah dan engkau", dan "Aku bertawakal kepadamu",
"Kalau bukan karana Allah dan si fulan maka tak akan begini dan begitu
jadinya", dan lafaz-lafaz lainnya yang mengandungi unsur kesyirikan
(menyekutukan Allah SWT).
No comments:
Post a Comment