http://hotreload2u.blogspot.my/2011/11/hmetro-taktik-datuk-musnah-perniagaan.html
Demikian
Islam meletakkan perniagaan sebagai aktiviti yang mulia.Selain itu,perniagaan
adalah ibadat dan juga sunnah baginda S.A.W.Bahagialah peniaga yang amanah
kerana mereka dijanjikan balasan syurga bersma para nabi,orang soleh dan
syuhada.Namun demikian,jika dilakukan luar batasan syariat Islam maka boleh
mengundang padah baik di dunia mahupun akhirat.Akibat terlalu mengejar
keuntungan,ada peniaga yang mencari pelaris dan tangkal untuk memajukan
perniagaan.Pelaris itu biasanya melibatkan penggunaan barangan tertentu secara
tradisional iaitu bomoh.Berjumpa bomoh kerana jualan tidak maju,makanan tidak
sedap dan adakalanya dilakukan sihir oleh bomoh supaya orang bertumpu ke
kedainya.Perbuatan ini dilarang dan haram dalam islam.Pelaris itu pula datang
pelbagai bentuk.Ada yang menggunakan objek,gambar rajah,azimat atau tangkal.Ada
warung atau gerai makan yang meletakkan dalam bingkai,huruf tertentu dalam
petak yang digabungkan seakan-akan ayat suci al quran atau doa tertentu tetapi
tidak difahami langsung.Ini juga mungkin sejenis pelaris.Untuk menggapai hajat
maju dalam perniagaan,mereka tidak sayang melabur puluhan ribu ringgit malah
ada yang mencecah ratusan ribu.Ada yang terjebak dalam perkara khurafat dan
membayar ribuan ringgit untuk sebentuk cincin yang kononnya membawa tuah dan
ada juga yang ‘membeli’ ayat seribu dinar dengan harga yang tinggi untuk
digantung di premis perniagaan.Ada juga segenlitir bomoh yang bertopengkan
agama.Mereka berjubah,menyimpan janggut dan berserban sebesar bakul tetapi
semua itu hanyalah untuk mengaburi pandangan masyarakat.Jangan kita
terperangkap dengan bomoh sebegini waima berstatus kiai sekalipun.Tanpa
disedari,perbuatan berkenaan boleh menyebabkan syirik kerana kita percaya boleh
mendatangkan pulangan lumayan sedangkan yang memberikan rezeki kepada manusia
ialah Allah SWT.Hukum perbomohan adalah harus dengan syarat tidak mengandungi
perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak.Dalam sejarah islam,memang
wujud cara pengubatan tertentu sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW
dan para sahabat.Selain cara-cara biasa,mereka juga menggunakan doa-doa,khusus
bagi mengubati penyakit-penyakit tertentu.Walaupun bagaimanapun,penggunaan
tangkal azimat adalah haram dan syirik jika mengandungi perkataan-perkataan
yang tidak dapat difahami maknanya,berdasarkan sihir,yang memuja hantu syaitan
dan jin iblis atau yang mengandungi benda-benda najis dan kotor.Para peniaga
juga mesti meletakkan keyakinan bahawa rezeki itu daripada Allah .Sebagai
manusia kita perlu berikhtiar.Bagi peniaga ikhtiar mereka sepatutnya
menyediakan makanan yang lazat,premis yang bersih serta harga berpatutan.Dengan
demikian,insya-Allah perniagaan makanan mereka akan maju.Seperkara lagi,sesibuk
mana sekalipun kita dengan aktiviti perniagaan,hakikatnya seruan Allah itu
adalah perkara utama yang mesti didahulukan.Jangan kerana berniaga,solat
ditinggalkan.Ingatlah firman Allah SWT yang bermaksud :”(Ibadat itu dikerjakan
oleh)orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual
beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta
memberi zakat;mereka takutkan hari(kiamat)yang padanya berbalik balik hati dan
pandangan.”(an-Nur:37).
Islam adalah agama tauhid iaitu agama yang berasaskan iman kepada
keesaan Allah yang Maha Kuasa,maka ukuran sempurna atau tidaknya islam
seseorang adalah bergantung kepada kesempurnaan tauhidnya.Namun demikian,masih
terdapat di kalangan sesetengah umat islam yang belum benar-benar sempurna
tauhid mereka.Ini adalah kerana mereka mencampur adukkan fahaman khurafat dalam
akidah mereka yang bertentangan dengan dasar tauhid.Orang Melayu kebanyakannya
begitu mengambil berat dalam perkara-perkara yang berhubung dengan
adat,sehingga ada pepatah melayu yang menyatakan ‘Biar mati anak jangan mati
adat’.Pepatah ini menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya pegangan orang orang
melayu tentang adat istiadat mereka.Persoalannya golongan manakah yang
mengadakan dan memperkenalkan adat istiadat dan perkara khurafat tersebut dan
sejak bilakah mulanya adat istiadat dan perkara khurafat itu telah bertapak
dalam masyarakat melayu?Persoalan yang lebih besar dan penting ialah adakah
adat istiadat yang diamalkan oleh orang-orang melayu itu bertepatan dan selari
dengan hukum syarak atau bertentangan sama sekali dengan hukum syarak?Amalan
Khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang
masih terdapat dalam aktiviti masyarakat melayu moden sehingga ke hari ini.Kepercayaan
yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat melayu itu seolah
olah telah terjadi satu pegangan mesti dilakukan dalam majlis-majlis atau
perayaan tertentu.Apakah maksud KHURAFAT?khurafat adalah perkataan arab yang
diasaskan dari akar kata .Dalam kamus al-Marbawi khurafat itu dibei makna
cerita karut atau karut marut.Al khurafat juga disebut sebagai percakapan yang
tidak betul sama sekali.Istilah khurafat telah diterima pakai di dalam
masyarakat melayu dan pada umumnya diketahui maksudnya kerana ianya semacam
menjadi bahasa melayu.Khurafat maksudnya kepercayaan karut yang direka-reka dan
diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya baik atau
buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dengan mentafsirkan
kejadian it uakan membawa bala bencana atau membawa tuah
keberuntungan.Sebenarnya banyak perkara khurafat yang dilakukan oleh masyarakat
melayu antara contohnya ialah apabila ada majlis perkahwinan.Begitu juga
apabila ada sesuatu kematian,dan selepas kematian mesti diadakan kenduri masuk
kubur dan memakan kain kelambu kaabah.
|
Monday, 3 October 2016
ISU SEMASA MENGENAI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment