Thursday, 22 September 2016

CARA-CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT YANG MEMPENGARUHI PENONTON DAN MASYARAKAT



 1) PERANAN KERAJAAN

  • Mengadakan kempen-kempen kesedaran amalan syirik dan khurafat terhadap diri, masyarakat, agama dan negara agar amalan ini dapat dicegah dalam kalangan para penonton  
  • Kerajaan juga perlu meletakkan topik “AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK” dalam buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan syirik dan khurafat.
  • Mencadangkan pihak kementerian mengenakan denda atau hukuman yang berat kepada pengeluar filem yang gagal mematuhi garis panduan tersebut. Contohnya ,mengenakan hukuman penjara atau bayaran tunai agar tidak mengulangi dan mengeluarkan filem yang dilarang.

  2) PERANAN MASYARAKAT

  • Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu ada dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik.

  •  Menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat dengan lebih aktif supaya masyarakat tahu buruknya amalan tersebut.

  •  Mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat. Contonya ,membuat serbuan di tempat yang melakukan amalan ini.

   3) PERANAN DIRI SENDIRI
  • Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh  yang besar terhadap kepada semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak murka.
  • Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kecil lagi supaya dapat mengelakkan dari amalan tersebut 
  •  Sering mengingati Tuhan dan tidak cepat terpengaruh dalam aktiviti yang bercanggah dengan agama.
  • sering menghadiri majlis agama dan ceramah islamik bagi membentuk akidah dalam diri sendiri

Wednesday, 21 September 2016

BENTUK – BENTUK KHURAFAT DAN SYIRIK


  1. Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu dan seumpamanya.
  2. Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan daripadanya seperti bomoh  dan tukang tilik.
  3. Pemujaan objek-objek tertentu , roh nenek moyang dan kubur.
  4. Kepercayan terhadap ramalan – ramalan bintang , angka- angka atau rajah- rajah tertentu.
  5. Mempercayai sesuatu yang menjadi sebab atau buruk.
  6. Melakukan pemujaan dan bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada Allah.




CIRI - CIRI KHURAFAT DAN SYIRIK DALAM BAHAN PENERBITAN :-

Berdasarkan garis panduan JAKIM (2009) antara ciri-ciri khurafat dan tahayul seperti berikut :-

  • Cerita - cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau hadis
  • Cerita - cerita yang berunsur mitos dan lagenda , rekaan , dongeng , khayalan atau kepercayaan karut.
  • Cerita - cerita yang bersumberkan kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam.
  • Penggunaan objek - objek tertentu seperti kubur , pokok , dan sebagainya bagi tujuan tertentu.
  • Cerita - cerita yang mempunyai unsur - unsur negatif dari segi akidah dan syariat Islam.

KESIMPULAN



Dalam kita berseronok dalam hiburan duniawi , perlu beringat agar tidak terjerumus kepada perkara yang boleh merosakkan akidah sebagai seorang umat Islam. Hiburan sememangnya tidak salah dalam Islam tetapi tdak harus melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga jangalah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman. 

            Oleh itu, Pengiat seni perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam mengarang skrip dalam setiap filem mereka agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Bagi penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dan percaya dengan hantu yang hanya rekaan manusia semata-mata sedangkan kita harus lebih takut kepada azab Allah S.W.T dan ingatlah bahawa Allah S.W.T merupakan pencipta sekalian makhluk. Akhir kalam ,Semoga kita semua akan dilindungi Allah dari malapetaka dan kenistaan api neraka dan memperolehi amalan yang baik disisi Allah untuk dibawa ke akhirat kelak.

              Maka dengan itu, kerajaan perlu membuat penapisan setiap filem yang melibatkan amalan agama dan masyarakat sebelum filem itu diterbitkan dan perlu penekankan tentang keburukan amalan khurafat dan syirik dalam setiap ceramah dan program di sekolah, IPT, tempat awam, masjid dan lain-lain. Selain itu, kerajaan perlu menubuhkan satu badan khas untuk menangani kes-kes amalan khurafat dan syirik yang semakin berleluasa di negara kita.   



CADANGAN :-

i) Kerajaan perlu membuat penapisan setiap filem yang melibatkan amalan agama dan masyarakat sebelum filem itu diterbitkan. 

ii) Menekankan tentang keburukan amalan khurafat dan syirik dalam setiap ceramah dan program di sekolah, IPT, tempat awam, masjid dan lain-lain. 

iii) Kerajaan perlu menubuhkan satu badan khas untuk menangani kes-kes amalan khurafat dan syirik yang semakin berleluasa di negara kita.












RUJUKAN

  1. http://www.slideshare.net/mamatiger/amalan-khurafat-masyarakat-melayu
  2. http://terdetik-de-minda-imah.blogspot.my/2012/12/khurafat.html
  3. https://akupositif.wordpress.com/2011/08/15/ridiculous-hiv-cure/
  4. https://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/17/20-bomoh-khurafat-diburu-jais/
  5. http://taufiq1spin.blogspot.my/
  6. https://www.youtube.com/watch?v=zQGHQWAkItY
  7.  kitab Addarul Nadid, halaman 179
  8.  http://www.utusan.com.my/rencana/berniaga-jangan-khurafat-syirik-1.54087 

LAMPIRAN