1) PERANAN KERAJAAN
- Mengadakan kempen-kempen kesedaran amalan syirik dan khurafat terhadap diri, masyarakat, agama dan negara agar amalan ini dapat dicegah dalam kalangan para penonton
- Kerajaan juga perlu meletakkan topik “AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK” dalam buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan syirik dan khurafat.
- Mencadangkan pihak kementerian mengenakan denda atau hukuman yang berat kepada pengeluar filem yang gagal mematuhi garis panduan tersebut. Contohnya ,mengenakan hukuman penjara atau bayaran tunai agar tidak mengulangi dan mengeluarkan filem yang dilarang.
2) PERANAN
MASYARAKAT
- Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu ada dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik.
- Menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat dengan lebih aktif supaya masyarakat tahu buruknya amalan tersebut.
- Mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat. Contonya ,membuat serbuan di tempat yang melakukan amalan ini.
3) PERANAN DIRI SENDIRI
- Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh yang besar terhadap kepada semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak murka.
- Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kecil lagi supaya dapat mengelakkan dari amalan tersebut
- Sering mengingati Tuhan dan tidak cepat terpengaruh dalam aktiviti yang bercanggah dengan agama.
- sering menghadiri majlis agama dan ceramah islamik bagi membentuk akidah dalam diri sendiri
No comments:
Post a Comment