Dalam kita berseronok
dalam hiburan duniawi , perlu beringat agar tidak terjerumus kepada perkara
yang boleh merosakkan akidah sebagai seorang umat Islam. Hiburan sememangnya
tidak salah dalam Islam tetapi tdak harus melanggar batas yang telah ditetapkan
syariat. Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita
juga jangalah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan
Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di
hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan,
sesungguhnya ia selemah-lemah iman.
Oleh itu, Pengiat seni perfileman
tanah air perlu berhati-hati dalam mengarang skrip dalam setiap filem mereka
agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Bagi penonton pula tidak seharusnya
terlalu taksub dan percaya dengan hantu yang hanya rekaan manusia semata-mata
sedangkan kita harus lebih takut kepada azab Allah S.W.T dan ingatlah bahawa
Allah S.W.T merupakan pencipta sekalian makhluk. Akhir kalam ,Semoga kita semua
akan dilindungi Allah dari malapetaka dan kenistaan api neraka dan memperolehi
amalan yang baik disisi Allah untuk dibawa ke akhirat kelak.
Maka dengan itu, kerajaan
perlu membuat penapisan setiap filem yang melibatkan amalan agama dan
masyarakat sebelum filem itu diterbitkan dan perlu penekankan
tentang keburukan amalan khurafat dan syirik dalam setiap ceramah dan program
di sekolah, IPT, tempat awam, masjid dan lain-lain. Selain itu, kerajaan
perlu menubuhkan satu badan khas untuk menangani kes-kes amalan khurafat dan
syirik yang semakin berleluasa di negara kita.
i) Kerajaan perlu
membuat penapisan setiap filem yang melibatkan amalan agama dan masyarakat
sebelum filem itu diterbitkan.
ii) Menekankan
tentang keburukan amalan khurafat dan syirik dalam setiap ceramah dan program
di sekolah, IPT, tempat awam, masjid dan lain-lain.
iii) Kerajaan
perlu menubuhkan satu badan khas untuk menangani kes-kes amalan khurafat dan
syirik yang semakin berleluasa di negara kita.
No comments:
Post a Comment