Monday, 3 October 2016
MUKA DEPAN
DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM TELAH MEMPENGARUHI PARA
PENONTON DAN MASYARAKAT.
USTAZ MARZUKI SEPIAAIL
JABATAN PENGAJIAN AM
DIPLOMA RETAIL MANAGEMENT
DRM5B
SESI
JUN 2016
AHLI KUMPULAN
- NUR FARAHAIDA BT MOHD JAHIS 15DRM14F1054
- NUR FARAHANIM BT MOHD JAHIS 15DRM14F1053
- SITI NOR HANIS BT ABDUL HALIM 15DRM14F1035
- WAN NUR FARZANA BT WAN NOOR AZMAN 15DRM14F1048
PENGENALAN
Pada masa kini , kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan dalam filem dan penyiaran. Namun bentuk-bentuk hiburan sebegini telah mengundang kealpaan dalam diri manusia yang terlalu mengejar keuntungan semata-mata. Tidak salah seandainya mahu berhibur namun , seseorang perlu tahu batas yang ditetapkan. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsur komedi , romantik , aksi mahupun seram.
Berbincang mengenai hiburan ini , isu yang ingin
diutarakan ialah unsur-unsur khurafat dan syirik dalam Islam terutamanya di
dalam filem yang kebanyakkannya merosakkan akidah umat Islam. Di antara filem
yang mendapat tempat di kalangan masyarakat ialah filem berbentuk seram.
Keadaaan ini dibuktikan apabila setiap kali tayangan filem berunsur seram
ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia , kutipan julan tiket mendapat
sambutan hangat berbanding filem bercorak kerohanian. Situasi ini telah
menyebabkan semakin ramai pengarah filem tempatan mengambil peluang ini untuk
menghasilkan filem-filem berunsur hantu dan seram.
Masyarakat kita pada
hari ini semakin terdedah kepada fenomena tahyul,keramat,perkara
ghaibiyyat,sihir dan cerita-cerita aneh,misteri dan ajaib.Pelbagai filem yang
berunsurkan mistik mula mewarnai kanvas media massa.Fitrah naluri manusia yang
cenderung kepada perkara baru mendorong ramai penggiat seni menjadikan jalan
cerita sebegini sebagai modal mempublisiti karya mereka.Meskipun sebahagian
daripada produser meletakkan matlamat utama pembikinan sebarang bentuk media
sebagai medium untuk membuka mata masyarakat terhadap fenomena ini dan
mengambil iktibar,namun didapati kesan negatif disebaliknya lebih berkesan
mempengaruhi akidah dan persepsi masyarakat.
OBJEKTIF
Objektif ini adalah untuk bagi menerangkan punca berlakunya gejala syirik dan khurafat di zaman ini melalui filem-filem. Seterusnya menghuraikan kepentingan untuk membendung gejala syirik yang sedang berlaku. Selain itu, bagi menjelaskan lagi kesan syirik ke atas masyarakat, individu, keluarga dan industri perfileman malaysia serta di kaca tv. Memberi pendapat tentang cara untuk mengatasi serta mengurangkan masalah syirik yang masih berlaku dalam kalangan masyarakat kita pada zaman yang berteknologi ini.
PERGERTIAN SYIRIK
PENGERTIAN
SYIRIK :
Syirik adalah suatu
perbuatan (dalam sikap dan, atau niat) terutama menyangkut aqidah di mana seseorang
melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT atau secara sedar mencampur
baurkan ke-esaan zat Allah SWT dengan unsur-unsur lain yang menurut ajaran
Islam dapat diertikan
sebagai perbuatan menyekutukan Alah SWT.
v Syirik
terbagi dalam 3 (tiga) kelompok besar yakni :-
1) SYIRIK
YANG MENYELISIHI SIFAT-SIFAT ALLAH TA'ALA :
Syirik Rububiyyah
Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu menciptakan, memberi rezeki, menghidupkan atau mematikan dan hal-hal lain dari sifat-sifat rububiyyah.
Syirik Uluhiyyah
Syirik Rububiyyah
Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu menciptakan, memberi rezeki, menghidupkan atau mematikan dan hal-hal lain dari sifat-sifat rububiyyah.
Syirik Uluhiyyah
Meyakini bahawa selain
Allah ada yang mampu memberikan mudharat atau manfaat, memberikan syafaat tanpa
izin Allah, dan lainnya yang termasuk sifat-sifat uluhiyyah.
Syirik Asma' Wa Sifat
Syirik Asma' Wa Sifat
Meyakini atau percaya
kepada makhluk Allah yang memiliki sifat-sifat khusus yang dimiliki Allah
Ta'alla, seperti mengetahui perkara ghaib, dan sifat-sifat lain yang merupakan
kekhususan Rabb kita yang Maha Suci.
2) SYIRIK
MENURUT KADARNYA
Syirik Akbar (Besar)
Syirik Akbar (Besar)
Iaitu syirik dalam
keyakinan, dan hal ini mengeluarkan pelakunya dari agama islam.
SEPERTI:-
- Syirik dalam berdoa, yakni merendahkan diri kepada selain Allah dengan tujuan untuk istighatsah dan isti'anah kepada selain-Nya.
- Syirik dalam niat, kehendak dan maksud, manakala melakukan ibadah semata-mata ingin mendapat pujian, atau untuk kepentingan-kepentingan bersifat duniawi lainnya.
- Syirik dalam keta'atan, yaitu menjadikan sesuatu sebagai pembuat syariat selain Allah SWTatau menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah dalam menjalankan syariat dan redha atas hukum tersebut.
- Syirik dalam kecintaan, adalah mengambil makhluk sebagai tandingan bagi Allah SWT. Menyetarakan kecintaannya kepada makhluk dengan kecintaanya kepada Allah SWT.
Iaitu Riya', hal ini
tidak mengeluarkan pelakunya dari agama islam, akan tetapi mewajibkan pelakunya
untuk bertaubat. Riya' bukan satu-satunya yang termasuk dalam Syirik Ashgar
atau Riya' memang termasuk Syirik Ashghar namun tidak semua Syirik Ashghar
berupa Riya'.
Syirik Khafi (Tersembunyi)
Syirik Khafi (Tersembunyi)
Iaitu seorang
melakukan amal dikeranakan keberadaan orang lain, hal ini pun termasuk
dalam Riya', dan hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari agama Islam,
namun pelakunya wajib bertaubat.
3) SYIRIK MENURUT TEMPAT KEJADIAN
Syirik I'tiqodi
Syirik I'tiqodi
Iaitu Syirik yang
berupa keyakinan, misalnya meyakini bahawa Allah SWT yang menciptakan kita
dan memberi rezeki pada kita namun di sisi lain juga percaya
bahawa dukun misalnya, dapat mengubah takdir yang telah digariskan
Allah SWT kepada kita. Hal ini termasuk Syirik Akbar yang mengeluarkan
pelakunya dari agama islam.
Syirik Amali
Syirik Amali
Iaitu setiap amalan
zahir yang dinilai oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seumpama
menyembelih haiwan (atau makhluk Allah lainnya) untuk selain Allah, dan
bernazar untuk selain Allah dan lain sebagainya.
Syirik Lafzhi
Syirik Lafzhi
Iaitu setiap lafaz
yang dihukumi oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seperti bersumpah
dengan selain nama Allah, seperti misalnya ,"Tidak ada bagiku kecuali
Allah dan engkau", dan "Aku bertawakal kepadamu",
"Kalau bukan karana Allah dan si fulan maka tak akan begini dan begitu
jadinya", dan lafaz-lafaz lainnya yang mengandungi unsur kesyirikan
(menyekutukan Allah SWT).
PERGERTIAN KHURAFAT
PENGERTIAN
KHURAFAT :
Khurafat maksudnya
kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan
tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpundukan
kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlak mentafsirkan kejadian
itu akan membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan.
Khurafat adalah perkataan Arab yang di
asaskan dari akar kata:
خرف خرافة خرافات
Dalam
kamus al-Marbawi khurafat itu diberi makna cerita karut atau karut marut.
Al-khurafat juga
disebut sebagai الحديث
الباطل مطلقا percakapan
yang tidak betul sama sekali.
Istilah khurafat
telah diterima pakai di dalam masyarakat Melayu dan pada umumnya diketahui maksudnya
kerana ianya semacam menjadi bahasa Melayu.
Di dalam kitab Addarul
Nadid, halaman 179 ada disebut: Yang bermaksud:
“Adapun apa yang diiktiqadkan oleh manusia dari dahulu hingga
sekarang tentang adanya bagi seekor burung atau ada hari-hari atau bulan-bulan
yang boleh memberi kesan pada kebahagiaan atau kecelakaan manusia. Semuanya itu
adalah khurafat. Islam membatalkannya kerana jelas bertentanagn dengan tauhid”.
ISU SEMASA MENGENAI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT
http://hotreload2u.blogspot.my/2011/11/hmetro-taktik-datuk-musnah-perniagaan.html
Demikian
Islam meletakkan perniagaan sebagai aktiviti yang mulia.Selain itu,perniagaan
adalah ibadat dan juga sunnah baginda S.A.W.Bahagialah peniaga yang amanah
kerana mereka dijanjikan balasan syurga bersma para nabi,orang soleh dan
syuhada.Namun demikian,jika dilakukan luar batasan syariat Islam maka boleh
mengundang padah baik di dunia mahupun akhirat.Akibat terlalu mengejar
keuntungan,ada peniaga yang mencari pelaris dan tangkal untuk memajukan
perniagaan.Pelaris itu biasanya melibatkan penggunaan barangan tertentu secara
tradisional iaitu bomoh.Berjumpa bomoh kerana jualan tidak maju,makanan tidak
sedap dan adakalanya dilakukan sihir oleh bomoh supaya orang bertumpu ke
kedainya.Perbuatan ini dilarang dan haram dalam islam.Pelaris itu pula datang
pelbagai bentuk.Ada yang menggunakan objek,gambar rajah,azimat atau tangkal.Ada
warung atau gerai makan yang meletakkan dalam bingkai,huruf tertentu dalam
petak yang digabungkan seakan-akan ayat suci al quran atau doa tertentu tetapi
tidak difahami langsung.Ini juga mungkin sejenis pelaris.Untuk menggapai hajat
maju dalam perniagaan,mereka tidak sayang melabur puluhan ribu ringgit malah
ada yang mencecah ratusan ribu.Ada yang terjebak dalam perkara khurafat dan
membayar ribuan ringgit untuk sebentuk cincin yang kononnya membawa tuah dan
ada juga yang ‘membeli’ ayat seribu dinar dengan harga yang tinggi untuk
digantung di premis perniagaan.Ada juga segenlitir bomoh yang bertopengkan
agama.Mereka berjubah,menyimpan janggut dan berserban sebesar bakul tetapi
semua itu hanyalah untuk mengaburi pandangan masyarakat.Jangan kita
terperangkap dengan bomoh sebegini waima berstatus kiai sekalipun.Tanpa
disedari,perbuatan berkenaan boleh menyebabkan syirik kerana kita percaya boleh
mendatangkan pulangan lumayan sedangkan yang memberikan rezeki kepada manusia
ialah Allah SWT.Hukum perbomohan adalah harus dengan syarat tidak mengandungi
perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak.Dalam sejarah islam,memang
wujud cara pengubatan tertentu sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW
dan para sahabat.Selain cara-cara biasa,mereka juga menggunakan doa-doa,khusus
bagi mengubati penyakit-penyakit tertentu.Walaupun bagaimanapun,penggunaan
tangkal azimat adalah haram dan syirik jika mengandungi perkataan-perkataan
yang tidak dapat difahami maknanya,berdasarkan sihir,yang memuja hantu syaitan
dan jin iblis atau yang mengandungi benda-benda najis dan kotor.Para peniaga
juga mesti meletakkan keyakinan bahawa rezeki itu daripada Allah .Sebagai
manusia kita perlu berikhtiar.Bagi peniaga ikhtiar mereka sepatutnya
menyediakan makanan yang lazat,premis yang bersih serta harga berpatutan.Dengan
demikian,insya-Allah perniagaan makanan mereka akan maju.Seperkara lagi,sesibuk
mana sekalipun kita dengan aktiviti perniagaan,hakikatnya seruan Allah itu
adalah perkara utama yang mesti didahulukan.Jangan kerana berniaga,solat
ditinggalkan.Ingatlah firman Allah SWT yang bermaksud :”(Ibadat itu dikerjakan
oleh)orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual
beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta
memberi zakat;mereka takutkan hari(kiamat)yang padanya berbalik balik hati dan
pandangan.”(an-Nur:37).
Islam adalah agama tauhid iaitu agama yang berasaskan iman kepada
keesaan Allah yang Maha Kuasa,maka ukuran sempurna atau tidaknya islam
seseorang adalah bergantung kepada kesempurnaan tauhidnya.Namun demikian,masih
terdapat di kalangan sesetengah umat islam yang belum benar-benar sempurna
tauhid mereka.Ini adalah kerana mereka mencampur adukkan fahaman khurafat dalam
akidah mereka yang bertentangan dengan dasar tauhid.Orang Melayu kebanyakannya
begitu mengambil berat dalam perkara-perkara yang berhubung dengan
adat,sehingga ada pepatah melayu yang menyatakan ‘Biar mati anak jangan mati
adat’.Pepatah ini menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya pegangan orang orang
melayu tentang adat istiadat mereka.Persoalannya golongan manakah yang
mengadakan dan memperkenalkan adat istiadat dan perkara khurafat tersebut dan
sejak bilakah mulanya adat istiadat dan perkara khurafat itu telah bertapak
dalam masyarakat melayu?Persoalan yang lebih besar dan penting ialah adakah
adat istiadat yang diamalkan oleh orang-orang melayu itu bertepatan dan selari
dengan hukum syarak atau bertentangan sama sekali dengan hukum syarak?Amalan
Khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang
masih terdapat dalam aktiviti masyarakat melayu moden sehingga ke hari ini.Kepercayaan
yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat melayu itu seolah
olah telah terjadi satu pegangan mesti dilakukan dalam majlis-majlis atau
perayaan tertentu.Apakah maksud KHURAFAT?khurafat adalah perkataan arab yang
diasaskan dari akar kata .Dalam kamus al-Marbawi khurafat itu dibei makna
cerita karut atau karut marut.Al khurafat juga disebut sebagai percakapan yang
tidak betul sama sekali.Istilah khurafat telah diterima pakai di dalam
masyarakat melayu dan pada umumnya diketahui maksudnya kerana ianya semacam
menjadi bahasa melayu.Khurafat maksudnya kepercayaan karut yang direka-reka dan
diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya baik atau
buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dengan mentafsirkan
kejadian it uakan membawa bala bencana atau membawa tuah
keberuntungan.Sebenarnya banyak perkara khurafat yang dilakukan oleh masyarakat
melayu antara contohnya ialah apabila ada majlis perkahwinan.Begitu juga
apabila ada sesuatu kematian,dan selepas kematian mesti diadakan kenduri masuk
kubur dan memakan kain kelambu kaabah.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)