Monday, 3 October 2016



MUKA DEPAN



DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM TELAH MEMPENGARUHI PARA PENONTON DAN MASYARAKAT.

USTAZ MARZUKI SEPIAAIL


JABATAN PENGAJIAN AM

DIPLOMA RETAIL MANAGEMENT

DRM5B

SESI JUN 2016

AHLI KUMPULAN


  • NUR FARAHAIDA BT MOHD JAHIS                          15DRM14F1054
  • NUR FARAHANIM BT MOHD JAHIS                         15DRM14F1053
  • SITI NOR HANIS BT ABDUL HALIM                         15DRM14F1035
  • WAN NUR FARZANA BT WAN NOOR AZMAN       15DRM14F1048

PENGENALAN


 
         Pada masa kini , kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan dalam filem dan penyiaran. Namun bentuk-bentuk hiburan sebegini telah mengundang kealpaan dalam diri manusia yang terlalu mengejar keuntungan semata-mata. Tidak salah seandainya mahu berhibur namun , seseorang perlu tahu batas yang ditetapkan. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsur komedi , romantik , aksi mahupun seram.
   
             Berbincang mengenai hiburan ini , isu yang ingin diutarakan ialah unsur-unsur khurafat dan syirik dalam Islam terutamanya di dalam filem yang kebanyakkannya merosakkan akidah umat Islam. Di antara filem yang mendapat tempat di kalangan masyarakat ialah filem berbentuk seram. Keadaaan ini dibuktikan apabila setiap kali tayangan filem berunsur seram ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia , kutipan julan tiket mendapat sambutan hangat berbanding filem bercorak kerohanian. Situasi ini telah menyebabkan semakin ramai pengarah filem tempatan mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem-filem berunsur hantu dan seram. 

          Masyarakat kita pada hari ini semakin terdedah kepada fenomena tahyul,keramat,perkara ghaibiyyat,sihir dan cerita-cerita aneh,misteri dan ajaib.Pelbagai filem yang berunsurkan mistik mula mewarnai kanvas media massa.Fitrah naluri manusia yang cenderung kepada perkara baru mendorong ramai penggiat seni menjadikan jalan cerita sebegini sebagai modal mempublisiti karya mereka.Meskipun sebahagian daripada produser meletakkan matlamat utama pembikinan sebarang bentuk media sebagai medium untuk membuka mata masyarakat terhadap fenomena ini dan mengambil iktibar,namun didapati kesan negatif disebaliknya lebih berkesan mempengaruhi akidah dan persepsi masyarakat.

OBJEKTIF



      Objektif ini adalah untuk bagi menerangkan punca berlakunya gejala syirik dan khurafat di zaman ini melalui filem-filem. Seterusnya menghuraikan kepentingan untuk membendung gejala syirik yang sedang berlaku. Selain itu, bagi menjelaskan lagi kesan syirik ke atas masyarakat, individu, keluarga dan industri perfileman malaysia serta di kaca tv. Memberi pendapat tentang cara untuk mengatasi serta mengurangkan masalah syirik yang masih berlaku dalam kalangan masyarakat kita pada zaman yang berteknologi ini.

PERGERTIAN SYIRIK

PENGERTIAN SYIRIK :
  
Syirik adalah suatu perbuatan (dalam sikap dan, atau niat) terutama menyangkut aqidah di mana seseorang melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT  atau secara sedar mencampur baurkan ke-esaan zat Allah SWT dengan unsur-unsur lain yang menurut ajaran
Islam dapat diertikan sebagai perbuatan menyekutukan Alah SWT. 

v  Syirik terbagi dalam 3 (tiga) kelompok besar yakni :- 

1)   SYIRIK YANG MENYELISIHI SIFAT-SIFAT ALLAH TA'ALA :
Syirik Rububiyyah
Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu menciptakan, memberi rezeki, menghidupkan atau mematikan dan hal-hal lain dari sifat-sifat rububiyyah.
Syirik Uluhiyyah
Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu memberikan mudharat atau manfaat, memberikan syafaat tanpa izin Allah, dan lainnya yang termasuk sifat-sifat uluhiyyah.
Syirik Asma' Wa Sifat
Meyakini atau percaya kepada makhluk Allah yang memiliki sifat-sifat khusus yang dimiliki Allah Ta'alla, seperti mengetahui perkara ghaib, dan sifat-sifat lain yang  merupakan kekhususan Rabb kita yang Maha Suci.

2)  SYIRIK MENURUT KADARNYA 

Syirik Akbar (Besar)
Iaitu syirik dalam keyakinan, dan hal ini mengeluarkan pelakunya dari agama islam.
SEPERTI:-

  • Syirik dalam berdoa, yakni merendahkan diri kepada selain Allah dengan tujuan untuk istighatsah dan isti'anah kepada selain-Nya.
  • Syirik dalam niat, kehendak dan maksud, manakala melakukan ibadah semata-mata ingin mendapat pujian, atau untuk kepentingan-kepentingan bersifat duniawi lainnya.
  • Syirik dalam keta'atan, yaitu menjadikan sesuatu sebagai pembuat syariat selain Allah SWTatau menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah dalam menjalankan syariat dan redha atas hukum tersebut.
  • Syirik dalam kecintaan, adalah mengambil makhluk sebagai tandingan bagi Allah SWT. Menyetarakan kecintaannya kepada makhluk dengan kecintaanya kepada Allah SWT.
Syirik Ashghar (Kecil)
Iaitu Riya', hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari agama islam, akan tetapi mewajibkan pelakunya untuk  bertaubat. Riya' bukan satu-satunya yang termasuk dalam Syirik Ashgar atau Riya' memang termasuk Syirik Ashghar namun tidak semua Syirik Ashghar berupa Riya'. 

 Syirik Khafi (Tersembunyi)
Iaitu seorang melakukan amal dikeranakan keberadaan orang lain, hal ini pun termasuk dalam Riya', dan hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari agama Islam, namun pelakunya wajib bertaubat.

 3)  SYIRIK MENURUT TEMPAT KEJADIAN

Syirik I'tiqodi
Iaitu Syirik yang berupa keyakinan, misalnya meyakini bahawa Allah SWT yang menciptakan kita dan memberi rezeki pada kita namun di sisi lain juga percaya bahawa dukun misalnya, dapat mengubah takdir yang telah digariskan Allah SWT kepada kita. Hal ini termasuk Syirik Akbar yang mengeluarkan pelakunya dari agama islam.
Syirik Amali
Iaitu setiap amalan zahir yang dinilai oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seumpama menyembelih haiwan (atau makhluk Allah lainnya) untuk selain Allah, dan bernazar untuk selain Allah dan lain sebagainya.
Syirik Lafzhi  
Iaitu setiap lafaz yang dihukumi oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seperti bersumpah dengan selain nama Allah, seperti misalnya ,"Tidak ada bagiku kecuali Allah dan engkau", dan "Aku bertawakal kepadamu", "Kalau bukan karana Allah dan si fulan maka tak akan begini dan begitu jadinya", dan lafaz-lafaz lainnya yang mengandungi unsur kesyirikan (menyekutukan Allah SWT).


PERGERTIAN KHURAFAT

PENGERTIAN KHURAFAT :

Khurafat maksudnya kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpundukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlak mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan.
 Khurafat adalah perkataan Arab yang di asaskan dari akar kata:      
  خرف خرافة خرافات
Dalam kamus al-Marbawi khurafat itu diberi makna cerita karut atau karut marut.
Al-khurafat juga disebut sebagai الحديث الباطل مطلقا percakapan yang tidak betul sama sekali.
 Istilah khurafat telah diterima pakai di dalam masyarakat Melayu dan pada umumnya diketahui maksudnya kerana ianya semacam menjadi bahasa Melayu.

Di dalam kitab Addarul Nadid, halaman 179 ada disebut: Yang bermaksud:

        “Adapun apa yang diiktiqadkan oleh manusia dari dahulu hingga sekarang tentang adanya bagi seekor burung atau ada hari-hari atau bulan-bulan yang boleh memberi kesan pada kebahagiaan atau kecelakaan manusia. Semuanya itu adalah khurafat. Islam membatalkannya kerana jelas bertentanagn dengan tauhid”.  


ISU SEMASA MENGENAI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT

http://hotreload2u.blogspot.my/2011/11/hmetro-taktik-datuk-musnah-perniagaan.html

       Demikian Islam meletakkan perniagaan sebagai aktiviti yang mulia.Selain itu,perniagaan adalah ibadat dan juga sunnah baginda S.A.W.Bahagialah peniaga yang amanah kerana mereka dijanjikan balasan syurga bersma para nabi,orang soleh dan syuhada.Namun demikian,jika dilakukan luar batasan syariat Islam maka boleh mengundang padah baik di dunia mahupun akhirat.Akibat terlalu mengejar keuntungan,ada peniaga yang mencari pelaris dan tangkal untuk memajukan perniagaan.Pelaris itu biasanya melibatkan penggunaan barangan tertentu secara tradisional iaitu bomoh.Berjumpa bomoh kerana jualan tidak maju,makanan tidak sedap dan adakalanya dilakukan sihir oleh bomoh supaya orang bertumpu ke kedainya.Perbuatan ini dilarang dan haram dalam islam.Pelaris itu pula datang pelbagai bentuk.Ada yang menggunakan objek,gambar rajah,azimat atau tangkal.Ada warung atau gerai makan yang meletakkan dalam bingkai,huruf tertentu dalam petak yang digabungkan seakan-akan ayat suci al quran atau doa tertentu tetapi tidak difahami langsung.Ini juga mungkin sejenis pelaris.Untuk menggapai hajat maju dalam perniagaan,mereka tidak sayang melabur puluhan ribu ringgit malah ada yang mencecah ratusan ribu.Ada yang terjebak dalam perkara khurafat dan membayar ribuan ringgit untuk sebentuk cincin yang kononnya membawa tuah dan ada juga yang ‘membeli’ ayat seribu dinar dengan harga yang tinggi untuk digantung di premis perniagaan.Ada juga segenlitir bomoh yang bertopengkan agama.Mereka berjubah,menyimpan janggut dan berserban sebesar bakul tetapi semua itu hanyalah untuk mengaburi pandangan masyarakat.Jangan kita terperangkap dengan bomoh sebegini waima berstatus kiai sekalipun.Tanpa disedari,perbuatan berkenaan boleh menyebabkan syirik kerana kita percaya boleh mendatangkan pulangan lumayan sedangkan yang memberikan rezeki kepada manusia ialah Allah SWT.Hukum perbomohan adalah harus dengan syarat tidak mengandungi perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak.Dalam sejarah islam,memang wujud cara pengubatan tertentu sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.Selain cara-cara biasa,mereka juga menggunakan doa-doa,khusus bagi mengubati penyakit-penyakit tertentu.Walaupun bagaimanapun,penggunaan tangkal azimat adalah haram dan syirik jika mengandungi perkataan-perkataan yang tidak dapat difahami maknanya,berdasarkan sihir,yang memuja hantu syaitan dan jin iblis atau yang mengandungi benda-benda najis dan kotor.Para peniaga juga mesti meletakkan keyakinan bahawa rezeki itu daripada Allah .Sebagai manusia kita perlu berikhtiar.Bagi peniaga ikhtiar mereka sepatutnya menyediakan makanan yang lazat,premis yang bersih serta harga berpatutan.Dengan demikian,insya-Allah perniagaan makanan mereka akan maju.Seperkara lagi,sesibuk mana sekalipun kita dengan aktiviti perniagaan,hakikatnya seruan Allah itu adalah perkara utama yang mesti didahulukan.Jangan kerana berniaga,solat ditinggalkan.Ingatlah firman Allah SWT yang bermaksud :”(Ibadat itu dikerjakan oleh)orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat;mereka takutkan hari(kiamat)yang padanya berbalik balik hati dan pandangan.”(an-Nur:37).


     
        
          Islam adalah agama tauhid iaitu agama yang berasaskan iman kepada keesaan Allah yang Maha Kuasa,maka ukuran sempurna atau tidaknya islam seseorang adalah bergantung kepada kesempurnaan tauhidnya.Namun demikian,masih terdapat di kalangan sesetengah umat islam yang belum benar-benar sempurna tauhid mereka.Ini adalah kerana mereka mencampur adukkan fahaman khurafat dalam akidah mereka yang bertentangan dengan dasar tauhid.Orang Melayu kebanyakannya begitu mengambil berat dalam perkara-perkara yang berhubung dengan adat,sehingga ada pepatah melayu yang menyatakan ‘Biar mati anak jangan mati adat’.Pepatah ini menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya pegangan orang orang melayu tentang adat istiadat mereka.Persoalannya golongan manakah yang mengadakan dan memperkenalkan adat istiadat dan perkara khurafat tersebut dan sejak bilakah mulanya adat istiadat dan perkara khurafat itu telah bertapak dalam masyarakat melayu?Persoalan yang lebih besar dan penting ialah adakah adat istiadat yang diamalkan oleh orang-orang melayu itu bertepatan dan selari dengan hukum syarak atau bertentangan sama sekali dengan hukum syarak?Amalan Khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat melayu moden sehingga ke hari ini.Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat melayu itu seolah olah telah terjadi satu pegangan mesti dilakukan dalam majlis-majlis atau perayaan tertentu.Apakah maksud KHURAFAT?khurafat adalah perkataan arab yang diasaskan dari akar kata .Dalam kamus al-Marbawi khurafat itu dibei makna cerita karut atau karut marut.Al khurafat juga disebut sebagai percakapan yang tidak betul sama sekali.Istilah khurafat telah diterima pakai di dalam masyarakat melayu dan pada umumnya diketahui maksudnya kerana ianya semacam menjadi bahasa melayu.Khurafat maksudnya kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dengan mentafsirkan kejadian it uakan membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan.Sebenarnya banyak perkara khurafat yang dilakukan oleh masyarakat melayu antara contohnya ialah apabila ada majlis perkahwinan.Begitu juga apabila ada sesuatu kematian,dan selepas kematian mesti diadakan kenduri masuk kubur dan memakan kain kelambu kaabah.









Thursday, 22 September 2016

CARA-CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT YANG MEMPENGARUHI PENONTON DAN MASYARAKAT



 1) PERANAN KERAJAAN

  • Mengadakan kempen-kempen kesedaran amalan syirik dan khurafat terhadap diri, masyarakat, agama dan negara agar amalan ini dapat dicegah dalam kalangan para penonton  
  • Kerajaan juga perlu meletakkan topik “AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK” dalam buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan syirik dan khurafat.
  • Mencadangkan pihak kementerian mengenakan denda atau hukuman yang berat kepada pengeluar filem yang gagal mematuhi garis panduan tersebut. Contohnya ,mengenakan hukuman penjara atau bayaran tunai agar tidak mengulangi dan mengeluarkan filem yang dilarang.

  2) PERANAN MASYARAKAT

  • Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu ada dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik.

  •  Menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat dengan lebih aktif supaya masyarakat tahu buruknya amalan tersebut.

  •  Mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat. Contonya ,membuat serbuan di tempat yang melakukan amalan ini.

   3) PERANAN DIRI SENDIRI
  • Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh  yang besar terhadap kepada semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak murka.
  • Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kecil lagi supaya dapat mengelakkan dari amalan tersebut 
  •  Sering mengingati Tuhan dan tidak cepat terpengaruh dalam aktiviti yang bercanggah dengan agama.
  • sering menghadiri majlis agama dan ceramah islamik bagi membentuk akidah dalam diri sendiri

Wednesday, 21 September 2016

BENTUK – BENTUK KHURAFAT DAN SYIRIK


  1. Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu dan seumpamanya.
  2. Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan daripadanya seperti bomoh  dan tukang tilik.
  3. Pemujaan objek-objek tertentu , roh nenek moyang dan kubur.
  4. Kepercayan terhadap ramalan – ramalan bintang , angka- angka atau rajah- rajah tertentu.
  5. Mempercayai sesuatu yang menjadi sebab atau buruk.
  6. Melakukan pemujaan dan bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada Allah.




CIRI - CIRI KHURAFAT DAN SYIRIK DALAM BAHAN PENERBITAN :-

Berdasarkan garis panduan JAKIM (2009) antara ciri-ciri khurafat dan tahayul seperti berikut :-

  • Cerita - cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau hadis
  • Cerita - cerita yang berunsur mitos dan lagenda , rekaan , dongeng , khayalan atau kepercayaan karut.
  • Cerita - cerita yang bersumberkan kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam.
  • Penggunaan objek - objek tertentu seperti kubur , pokok , dan sebagainya bagi tujuan tertentu.
  • Cerita - cerita yang mempunyai unsur - unsur negatif dari segi akidah dan syariat Islam.

KESIMPULAN



Dalam kita berseronok dalam hiburan duniawi , perlu beringat agar tidak terjerumus kepada perkara yang boleh merosakkan akidah sebagai seorang umat Islam. Hiburan sememangnya tidak salah dalam Islam tetapi tdak harus melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga jangalah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman. 

            Oleh itu, Pengiat seni perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam mengarang skrip dalam setiap filem mereka agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Bagi penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dan percaya dengan hantu yang hanya rekaan manusia semata-mata sedangkan kita harus lebih takut kepada azab Allah S.W.T dan ingatlah bahawa Allah S.W.T merupakan pencipta sekalian makhluk. Akhir kalam ,Semoga kita semua akan dilindungi Allah dari malapetaka dan kenistaan api neraka dan memperolehi amalan yang baik disisi Allah untuk dibawa ke akhirat kelak.

              Maka dengan itu, kerajaan perlu membuat penapisan setiap filem yang melibatkan amalan agama dan masyarakat sebelum filem itu diterbitkan dan perlu penekankan tentang keburukan amalan khurafat dan syirik dalam setiap ceramah dan program di sekolah, IPT, tempat awam, masjid dan lain-lain. Selain itu, kerajaan perlu menubuhkan satu badan khas untuk menangani kes-kes amalan khurafat dan syirik yang semakin berleluasa di negara kita.   



CADANGAN :-

i) Kerajaan perlu membuat penapisan setiap filem yang melibatkan amalan agama dan masyarakat sebelum filem itu diterbitkan. 

ii) Menekankan tentang keburukan amalan khurafat dan syirik dalam setiap ceramah dan program di sekolah, IPT, tempat awam, masjid dan lain-lain. 

iii) Kerajaan perlu menubuhkan satu badan khas untuk menangani kes-kes amalan khurafat dan syirik yang semakin berleluasa di negara kita.